The Government of Brunei Darussalam

Perkhidmatan-Perkhidmatan

Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei merupakan jalan keluar utama melalui udara ke NBD. Perkhidmatan 'hub' untuk penumpang-penumpang yang melancong di dalam kawasan rantau dan ke bahagian lain dunia, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei adalah komponen utama menuju realisasi negara untuk mencapai status SHuTT (Service Hub for Trade and Tourism) pada tahun 2003. Objektif-objektif NBD sebagai 'hub' perkhidmatan untuk perniagaan dan pelancongan Shutt adalah untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti di bidang-bidang berikut:

  • Impot dan Ekspot melalui Brunei
  • Melancong/Mengembara ke dan melalui Brunei
  • Membuat/menjalankan bisnes di dalam dan melalui Brunei
  • Berhubung dari dan melalui Brunei.

Penubuhan BIMP-EAGA, koperasi strategi serantau yang dilaksanakan di antara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina, menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di pusat aktiviti-aktiviti yang diramalkan/dijangka akan membuka peluang-peluang ekonomi yang baru untuk Brunei. Penduduk terkumpul seramai 40 juta orang di rantau BIMP-EAGA dengan sendirinya membekalkan Brunei dengan pasaran yang lebih besar dn boleh dimasuki di kawasan dan rantau.

Sebagai organisasi perkhidmatan sokongan, LTAB dijangka akan memainkan peranan utama di dalam menyediakan perhubungan pengangkutan udara di antara ahli-ahli rantau bahagian dan sebagai satu konduit di dalam komuniti global dan pasaran dunia.

Fokus utama JPA ialah untk menyediakan/membekalkan perkhidmatan yang efisien dan selamat kepada komuniti penerbangan. Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah daripada infrastruktur kepada kepuasan pelanggan. Selain daripada perkhidmatan-perkhidmatan penerbangan biasa yang berkaitan, JPA telah membesarkan skop usaha bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain dan membuka tawaran kepada sektor-sektor swasta untuk menjalankan perniagaan di ruang-ruang di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebagai satu pusat bisnes/perniagaan di dalam usaha untuk menjadikan LTAB sebagai hub udara utama serantau, tiga konsep strategik: iaitu Airport City, Cargo Village dan Hub Penerbangan yang diambilkira untuk menyempurnakan/menjayakan tugas ini.

'Airport City' menawarkan kemudahan-kemudahan yang selesa yang lengkap, seperti hotel, kedai, restoran, perkhidmatn bank, kemudahan-kemudahan perhubungan, perkhidmatan pos, dan juga pusat kesihatan dan kecantikan. Konsep ini menyediakan peniaga-peniaga, pengguna dan penumpang-penumpang dengan lokasi yang sesuai untuk bisnes dan hiburan/riadah. 'Cargo Village'. Satu pusat yang dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan-kemudahan yang up-to-date, infrastruktur dan kemudahan bekalan yang lengkap menjadikan pengendalian kargo satu prosis yang efisien dan selamat. Untuk LTAB mencapai kejayaan sebagai 'Cargo Village', perkhidmatan-perkhidmatan bekalan kargo akan diperbaiki. Di dalam hubungan ini, JPA akan membuat pelaburan yang besar ke dalam infrastruktur seperti pengangkutan-pengangkutan kargo, feeder kargo, pengangkutan, warehouse dan kemudahan-kemudahan penempatan. 'Airline Hub'. Untuk mencapai objektif ini, JPA sedang dan secara agresif menbuat usaha-usaha berikut yang mengandungi: Peningkatan konstan Pusat Pemeliharaan Pesawat untuk memenuhi taraf antarabangsa yang paling tinggi. Refuelling Centre akan terus memberikan perkhidmatan-perkhidmatan cemerlang dengan harga-harga minyak yang menarik. Kemudahan-kemudahan pesawat/krew akan memenuhi taraf antarabangsa yang paling tinggi. Keselamatan dan kawasan akan dikekalkan ke tahap yang paling tinggi dengan peningkatan-peningkatan yang berterusan. NBD akan terus mengambilkira polisi 'open sky'. Sebagai satu inisiatif dan komitmen kepada SHuTT, LTAB pada masa ini sedang menawarkan sektor swasta untuk melibatkan/membabitkan firma mereka di dalam pembangunan/kemajuan ke dalam Hub Udara Serantau.



||
Sejarah Ringkas | Misi & Objektif | Organisasi JPA | Berita JPA | Maklumat Penerbangan | Perkhidmatan-Perkhidmatan | Bahagian-Bahagian | Peluang Perniagaan | Maklum Balas ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||