Perkhidmatan-Perkhidmatan
Perkhidmatan Lalulintas Udara
Latar Belakang
Perkhidmatan Kawalan Lalulintas Udara mula beroperasi dalam tahun 1953 dari Menara
Kawalan beratap daun rumbia (nipah) yang berdekatan dengan landasan yang dibina waktu
perang dunia kedua untuk menangani pengangkutan udara komersial antara Bandar Brunei
dengan Anduki di Daerah Belait, Labuan di Sabah dan Lutong di Sarawak.
Pada tahun 1958 perkhidmatan ini berpindah ke Menara Kawalan yang terletak di Bangunan
Terminal Lapangan Terbang Berakas hingga tahun 1974 apabila Lapangan Terbang Antarabangsa
Brunei mula beroperasi. Perkhidmatan Kawalan Radar bermula dalam tahun 1983.
Sejak 29hb April 1997 Bahagian Perkhidmatan Lalulintas Udara berpindah ke Bangunan
Pusat Perkhidmatan Udara baru yang menempatkan peralatan pemantauan dan pengesan
yang amat canggih selaras dengan kepesatan perkembangan global sektor pengangkutan
udara.
Tanggungjawab
Sejajar dengan kehendak Konvensyen Pertubuhan Penerbangan Awam Antrabangsa, Bahagian
Perkhidmatan Lalulintas Udara diberi kepercayaan untuk mempastikan operasi penerbangan
(awam maupun tentera) dalam lingkungan ruangudara Negara Brunei Darussalam dan yang
beroperasi di ruang udara yang diamanahkan oleh Kerajaan Malaysia akan berjalan dengan
selamat, teratur dan efisien.
Demi mendukung objektif tanggungjawab diatas Bahagian Perkhidmatan Lalulintas Udara.
- Mencegah perlanggaran antara pesawat yang beroperasi di ruang udara Brunei dan
apabila mereka dibawah Kawalan Lalulintas Udara Brunei semasa berada di ruang udara
terkawal dan di laluan 'Advisory' Rantau Informasi Penerbangan (FIR) Kota Kinabalu.
- Mencegah perlanggaran sesama pesawat dan antara pesawat dengan halangan-halangan
sewaktu berada di kawasan olahgerak Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
- Menyegerakan dan memperkekalkan aliran trafik udara dengan teratur.
- Memberi maklumat dan saranan supaya operasi penerbangan akan selamat dan efisien.
- Melapurkan kepada agensi-agensi berkenaan mengenai pesawat dan kapal laut yang
memerlukan khidmat mencari dan menyelamat dan menggerakkan Pusat Mencari dan Menyelamat
Kebangsaan bila diperlukan untuk menangani sebarang kecemasan lapangan terbang dan
mengungkayahkan misi mencari dan menyelamat diluar kawasan lapangan terbang.
Struktur Organisasi
Bahagian Perkhidmatan Lalulintas Udara diterajui oleh Ketua Pegawai Yang Menguasai
Lalulintas Udara dan dibahagikan kepada :-
- Kawalan Lalulintas Udara (ATC)
- Mencari dan Menyelamat (SAR)
- Perkhidmatan Maklumat Terbang (AIC)
- Perkhidmatan Rangkaian Telekomunikasi Penerbangan Tetap (AFTN)
Bahagian ini dianggotai oleh 73 pegawai dan kakitangan.