The Government of Brunei Darussalam

Perkhidmatan-Perkhidmatan

Perkhidmatan Bomba

Struktur Organisasi

Perkhidmatan Bomba Lapangan Terbang ,pada masa ini mempunyai 136 orang Anggota, terbahagi kepada 4 unit saperti, Unit Operasi, Unit Latihan & Perkembangan , Unit Keselamatan Kebakaran dan Unit Bantuan & Penyelarasan.

Fungsi & Tanggungjawab

  • Menyediakan dan memelihara perkhidmatan perlindungan dan keselamatan kebakaran kepada kapal terbang yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sejajar dengan keperluan-keperluan dan seranan Pertubuhan Antarabangsa Penerbangan Awam.

  • Menyediakan perkhidmatan menyelamat dan melawan kebakaran kepada penumpang-penumpang yang terlibat dalam kemalangan kapalterbang di dalam atau di luar Lapangan Terbang Antara Bangsa Brunei Darussalam..

  • Menyediakan perkhidmatan melawan kebakaran bagi kebakaran di dalam kapalterbang dan bangunan-bangunan didalam kawasan dan kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

  • Menyediakan perkhidmatan perlindungan kebakaran dan memberikan nasihat-nasihat teknikal berhubung dengan pencegahan dan peraturan keselamatan kebakaran.

Tahap Perlindungan Kebakaran

Perkhidmatan Bomba Lapangan Terbang bertanggungjawab memberikan Perkhidmatan Perlindungan Kebakaran kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan Istana Heliport.

Kategori Lapangan terbang bagi Perkhidmatan Perlindungan Kebakaran berdasarkan kepada jenis Kapal terbang dan Jumlah Pergerakannya.Pada ketika ini adalah Kategori 8, manakala Kategori Heliport ialah Kategori H2.

Manakala tahap keupayaan yang disediakan bagi Perkhidmatan Perlindungan Kebakaran bagi Lapangan terbang Antarabangsa Brunei pada ketika ini ialah Kategori 10 dan Kategori H2 bagi Istana Heliport.



||
Sejarah Ringkas | Misi & Objektif | Organisasi JPA | Berita JPA | Maklumat Penerbangan | Perkhidmatan-Perkhidmatan | Bahagian-Bahagian | Peluang Perniagaan | Maklum Balas ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||