Perkhidmatan-Perkhidmatan
Perkhidmatan Kajicuaca
Latar Belakang
Perkhidmatan Kajicuaca Negara
Brunei Darussalam adalah sebuah bahagian di bawah Jabatan Penerbangan Awam,
Kementerian Perhubungan.
Perkhidmatan Kajicuaca merupakan salah sebuah ahli Pertubuhan
Kajicuaca SeDunia (WMO).
Perkhidmatan ini memulakan operasinya dalam tahun 1966 di Lapangan Terang Lama, Berakas.
Stesen kajicuaca didirikan dan pencerapan cuaca telah dilakukan untuk keperluan data-data
meteorologi dan untuk kegunaan penerbangan sahaja. Semenjak itu, kebanyakkan eleman
meteorologi direkodkan menjadi data-data klimatologi.
Tanggungjawab
Pada keseluruhannya objektif Perkhidmatan Kajicuaca adalah untuk memenuhi keperluan
penduduk Negara Brunei Darussalam bagi semua informasi kajicuaca, pemahaman dan
perkhidmatan yang penting untuk keselamatan, jaminan dan memastikan pengetahuan
meteorologi diterapkan dalam sasaran nasional dan antarabangsa.
Kejayaan operasi Pekhidmatan Kajicuaca bergantung pada kewujudan penyelarasan kebangsaan
data-data meteorologi yang diperolehi dan proses infrastruktur dibekalkan dengan informasi
tertakluk kepada yang biasa dan perkhidmatan kajicuaca yang istimewa. Data-data biasa yang
diperolehi dari sistem adalah untuk mendokong perkhidmatan cuaca harian terutamanya kepada
komuniti penerbangan dan para pengguna keseluruhannya. Dalam usaha mengembangkan rekod
iklim kebangsaan yang betul dan berterusan untuk keperluan dari generasi akan datang bagi
aktiviti penyelidikan, prancangan serta pembentukan dan pembantauan kepelbagaian iklim.
Rangkaian pencerapan kajicuaca dilakukan di ketiga buah stesen iaitu di Lapangan Terbang
Antarabangsa Brunei, di Pelumpong, Muara dan di Kuala Belait. Pencerapan dilakukan secarta
24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan Kuala Belait dan pencerapan udara atas
hanya dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Terdapat dua tapak yang ada
sekarang Tanah Jambu dan Sungai Gana membantu bagi mendapatkan stesen turunan hujan bagi
Perkhidmatan Kajicuaca.
Selain dari operasi meteorologi/data iklim yang diperolehi, ianya juga dibantu oleh
begerapa agensi kerajaan termasuk Universiti Brunei Darussalam yang telah menubuhkan
jawatankuasa data turunan hujan.
Kebanyakan perkhidmatan yang diberikan oleh Perkhidmatan Kajicuaca Brunei disediakan untuk
kegunaan umum. Data iklim yang diperlukan oleh agensi-agensi bukan kerajaan dikecualikan,
dengan dikenakan bayaran.
Struktur Organisasi
Perkhidmatan Kajicuaca di ketuai oleh Ketua Pegawai Kajicuaca selaku Ketua Bahagian,
sembilan (9) Pegawai Kajicuaca, satu (1) Pegawai Penyelaras dan Teknikal Kajicuaca, tiga
(3) Penyelia Kajicuaca, tujuh (7) Pemerhati Kajicuaca Kanan Tingkat 1, lima (5) Pemerhati
Kajicuaca Kanan Tingkat 2, lapanbelas (18) Pemerhati Kajicuaca Tingkat 1, dua puluh (20 )
Pemerhati Kajicuaca tingkat 2 dan dua (2) kerani.
Jumlah kakitangan di Perkhidmatan Kajicuaca hingga 1hb Januari 1999 adalah 64 orang tidak
termasuk 2 kekosongan.
Sila berkunjung ke laman web Perkhidmatan Kajicuaca Brunei