The Government of Brunei Darussalam

Bahagian-Bahagian

Bahagian Operesen


Latarbelakang

Bahagian Operesen Jabatan Penerbangan Awam bertanggong jawab memastikan
perundangan, piawaian dan prosedur negeri ini dan antarabangsa yang berkaitan dengan
Operasi Penerbangan, Airworthiness, Flight Crew Licensing dan Operasi Aerodrome
dipatohi oleh semua yang berkenaan.

Bahagian ini dianggotai oleh 9 pegawai tempatan yang terdiri dari empat Pegawai Operesen, tiga Pembantu Operesen dan dua kerani. Bahagian ini juga dibantu oleh dua pegawai berkontrek dari United Kingdom Civil Aviation Authority yang menjalankan tugas dan sebagai penasihat bagi perkara perkara yang berkaitan dengan Airworthiness dan Flight Operations.

Struktur

Bahagian ini dibahagi bahagikan kepada 3 unit iaitu;

  • Aerodrome Ground Aids (AGA)
  • Flight Operations
  • Airworthiness

Tanggungjawab

i) Unit Aerodrome Ground Aids bertanggong jawab bagi;

  • Menyediakan prosedur baru untuk let-down dan approach
  • Memastikan keselamatan kawasan kawasan Lapangan Terbang
  • Melesen Lapangan Terbang / Aerodrome
  • Tanda dan lampu diRunway, Taxiway dan Apron
  • Mengimplementasi polisi Bird Strike
  • Menjalankan pemeriksaan dan mengawasi projek projek yang terdapat diLapangan Terbang Antarabangsa Brunei
  • Mengeluarkan permit bagi membawa Barangan yang Merbahaya, Munitions of War, Captive ballons dan permainan kikik


ii) Unit Flight Operations bertanggong jawab bagi;

  • Memastikan kesemua Operasi Public Transport mengikut peraturan serta juga mengawal Air Operators Certificate
  • Meluluskan Manual Operasi dan prosedur Syarikat Syarikat Penerbangan
  • Meluluskan dan mengawal Pegawai Latihan dan Penyeliaan
  • Mengadakan pemeriksaan keatas Syarikat Penerbangan dan Syarikat Syarikat yang berkaitan dengan penerbangan
  • Mengeluarkan Lesen Student dan Private Pilot
  • Mengesahlakukan Lesen Commercial dan Airlines Transport Pilot
  • Mengeluarkan Sijil Pendaftran Pesawat


iii) Unit Airworthiness bertanggong jawab bagi;

  • Menilai pesawat dan alat alat yang berkaitan semasa pembuatan atau pemeriksaan, overhaul, pembaikan, penukaran dan pengubahsuaian
  • Menilai dan memeriksa pesawat bagi mengeluarkan, memperbaharui dan mengesahlakukan Certificate of Airworthiness, Permits to Fly dan Letters for Export
  • Menilai laporan Flight Test, Maintenance Organisation Exposition, Maintenance and Reliability Programmes serta pemindaan lanjutannya
  • Meluluskan dan menyelia Aviation Manufacturing Organisation, Aircraft Maintenance Organisation dan orang orang persendirian diBrunei da luar negeri bagi memastikan piawaian keselamatan dipatohi dan dikekalkan
  • Mengeluarkan, menambah dan mengesahlakukan Lesen Pemeliharaan Kejururteraan Pesawat
  • Menyimpan pendaftaran Mandatory Occurrence Reports serta membuat penyiasatan lanjutnya

Pegawai pegawai bahagian ini juga menjadi ahli kepada pasukan;

  • Aircraft Accident Investigation
  • Airport Security dan
  • Aktibiti aktibiti yang mendokong bagi kemajuan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei


||
Sejarah Ringkas | Misi & Objektif | Organisasi JPA | Berita JPA | Maklumat Penerbangan | Perkhidmatan-Perkhidmatan | Bahagian-Bahagian | Peluang Perniagaan | Maklum Balas ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||