The Government of Brunei Darussalam

Misi & Objektif

Misi

Kementerian Perhubungan, payung bagi organisasi Jabatan penerbangan Awam, telah membuat satu tema, ëMenuju Perhubungan Globalí, yang menekankan perhubungan-perhubungan antarabangsa, koperasi ekonomi dan rantau, dan juga antarabangsa, ëinterdependencyí. Di dalam sokongan kepada kepercayaan Kementerian untuk mencapai taraf dunia, Jabatan Penerbangan Awam telah melancarkan misi utama, iaitu: Untuk memajukan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebagai hub udara utama serantau dengan menyediakan peringkat keselamatan yang paling tinggi, kawalan dan efisiensi sistem penerbangan; perkhidmatan-perkhidmatan kompetitif dan kemudahanan untuk faedah-faedah maksima bagi komuniti penerbangan.

Objektif

  • Dengan misi utama, Jabatan Penerbangan Awam adalah komited untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

  • Untuk mengekalkan polisi ëopen skyí yang bertujuan untuk meningkatkan trafik kargo dan penumpang, berfikiran terbuka mengenai ëair traffic rightsí dan meningkatkan jumlah syarikat-syarikat penerbangan diambil untuk memberikan perkhidmatan dilapangan terbang.

  • Untuk menubuhkan pusat pemeliharaan pesawat dengan kapabiliti/keupayaan untuk mengendalikan, membaiki dan memelihara pesawat-pesawat Boeings, Airbusses dan Fokker.

  • Untuk menjadikan lapangan terbang sebagai pusat bisnes dan komersil yang boleh berdiri sendiri, membuka jalan untuk penubuhan ëAirport Cityí yang bertaraf dunia.

  • Untuk menuju usaha-usaha ke arah penubuhan Pusat Punggahedar.

  • Untuk menjadikan lapangan terbang sebagai pusat ërefuellingí serantau dengan menawarkan harga-harga minyak yang menarik dan ëliberalizingí pembekal-pembekal minyak.

  • Untuk secara berterusan memperbaiki dan meningkatkan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan di lapangan terbang secara am, dan terminal penumpang khasnya melalui berbagai projek pembesaran.

  • Untuk mencapai taraf keselamatan penerbangan yang paling tinggi. Kawalan dan efisinsi melalui perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan yang diperbaiki, seperti landasan sepanjang 14,000 kaki dan peralatan Cat 2.

  • Untuk membabitkan sektor swasta dan memberikan sokongan di dalam pembabitan mereka di dalam prosis kemajuan/pembangunan, khasnya, yang berkaitan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.


||
Sejarah Ringkas | Misi & Objektif | Organisasi JPA | Berita JPA | Maklumat Penerbangan | Perkhidmatan-Perkhidmatan | Bahagian-Bahagian | Peluang Perniagaan | Maklum Balas ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||